Skim Takaful

SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN(TPSM)


I. TUJUAN SKIM

Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajarpelajar yang sentiasa terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan amat perlu diberi manfaat perlindungan insurans/takaful bagi membantu mereka atau keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melancarkan ”Kempen Sekolah Penyayang” merasa suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

II. PELAKSANAAN SKIM

Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.

III. SKOP PERLINDUNGAN

3.1 TPSM yang dicadangkan ini menyediakanmanfaat perlindungan kepada pelajar atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat pelajar berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana termasuk :

i) mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan ular;
ii) menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang atau pembonceng;
iii) rusuhan dan kekacauan awam.

3.2 Amaun manfaat yang akandibayar oleh TPSM adalah seperti berikut :

SKOP AMAUN (RM)

A) KEMATIAN akibat kemalangan - 7,500

B) HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH Akibat kemalangan - 25,000

C) KEHILANGAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL seperti berikut : - 25,000
a) Satu atau kedua-dua tangan di atas paras dari pergelangan, atau
b) Satu atau kedua-dua kaki di atas paras dari buku lali, atau
c) Kehilangan langsung penglihatan sebelah atau kedua-dua mata Akibat dari kemalangan.

D) KHAIRAT KEMATIAN mati akibat Kemalangan atau sakit biasa - 1,000

E) ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari, Semasa tempoh dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia disebabkan oleh kemalangan sehingga maksima 60 hari berturut-turut mulai dari tarikh kemalangan. - 25.00 sehari

3.3 Had perlindungan bagi mana-mana satu pengangkutan, walau bagaimanapun, adalah tertakluk kepada amaun manfaat perlindungan RM3 juta. Tuntutan melebihi syarat ini akan dibahagikan mengikut kiraan pro-rata.

3.4 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalan dan meliputi seluruh dunia.

IV. TEMPOH PERLINDUNGAN

Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Perlindungan ke atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi pelajar berdaftar di sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.


V. KEKECUALIAN

5.1 Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luat, ia adalah tertakluk kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut :

(i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya;
(ii) Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;
(iii) Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;
(iv) Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan;
(v) Penyakit atau wabak;
(vi) Pengaruh alkohol atau dadah;
(vii) Mengandung atau keguguran;
(viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya;
(ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;
(x) Risiko nuklear dan yang seumpamanya.

Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada manfaat (D) kecuali (iv), (vi), (viii), (ix) dan (x).

VI. TUNTUTAN

6.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran) dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaian sebagaimana yang ditentukan oleh STMSB.

6.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus dengan pelajar-pelajar berkenaan atau waris mereka melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Apabila sesuatu tawaran dibuat, penerimaan tawaran hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit sahaja. Penerimaan tawaran ini adalah pelepasan sepenuhnya tanggungan STMSB.

6.3 Mana-mana pelajar atau ahli warisnya tidak berhak berurusan secara langsung mengenai TPSM dan hanya Guru Besar/Pengetua sekolah sebagai wakil Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak berurusan dengan STMSB.

6.4 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan kepada pelajar atau ahli warisnya.

6.5 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan diselesaikan berserta yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.

6.6 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.

64 ulasan:

  1. bagaimana jika kes kemalangan pada 12 tahun lepas bagaimana hendak menuntut?sila beri pertolongan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebarang tuntutan perlu dibuat & dihantar kepada pihak takaful sebelum genap 6 bulan dari tarikh kemalangan berlaku

      Padam
  2. Pelajar institusi, cedera semasa amali, terkena blade pemotong rumput rakan beliau, menyebabkan beliau cedera di bahagian pinggul dan mendapat 7 jahitan dan mengambil masa untuk sembuh.
    Boleh ke claim?

    BalasPadam
  3. Pelajar saya terjatuh semasa acara merentas desa di sekolah. Tangannya patah dan bersimen. Adakah dia layak menuntut insuran Takaful juga?
    Terima kasih.
    PENOLONG KANAN HEM.

    BalasPadam
  4. an saya terjatuh di sekolah dan tempurung lutut nya beralih dan telah menjalani pembedahan namun tempurung nya masih blom dibetul kn kedudukan asal dan doc tunggu ank berusia 14th baru buat pembedahan semula...skrg ank gi sek menggunakan topang ketiak

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Saya sudah 7 tahun excident sehingga kehilangan jari..yg sekolah bagi hanya 50 ringgit je betul ke..

    BalasPadam
  7. Thn 2017 ank sy kemalangan pihak skolah cuma byr rm250 jee...lps tu thn 2018 ank sy meninggal cuma takaful byr rm1500 jee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak sya mati lemas dalam sekoloh islam interaksi ikhwan gong kulim pasir putih... Sy hanya dapat rm50 daripada kematian tersebit

      Padam
  8. Tuan/puan boleh rujuk kat sini tatacara tuntutan
    https://moe.gov.my/index.php/my/bantuan-pembelajaran/skim-perlindungan-murid
    Harap membantu.

    BalasPadam
  9. Pelajar Sekolah rendah sdh meninggal kesakitan brain tumor

    BalasPadam
  10. Pelajar Sekolah rendah sdh meninggal kesakitan brain tumor

    BalasPadam
  11. Berlaku kemalangan semasa cuti sekolah dan kecederaan patah kaki

    BalasPadam
  12. anak saudara sye cedera semasa latihan hoki di sek men pd 15/2/2019 rakan tidak sengaja hayun kayu hoki terkena pd kening dn menerima 5jahitan,adakah anak saudara sye layak menuntut insuran takaful?

    BalasPadam
  13. Anak saya meninggal Sbb kemalangan pada 14/6/2018,pihak sekolah ada ambil segala detail pasal kemalangan tempoh hari..tp sampai ke hari ini,tiada apa apa berita dr pihak insuran Takaful.

    BalasPadam
  14. anak saya jatuh ditolak ketika disekolah.ligiment dibhgiàn sekitar buku lali koyak.adakah boleh bt tuntutan

    BalasPadam
  15. Berapa lama yer,proses urusan tuntutan ni di ambil?

    BalasPadam
  16. Bagaimana pula dengan kes anak saya yang patah tangan semasa melakukan aktiviti sekolah

    BalasPadam
  17. Anak saya berumur lapan tahun...jatuh motor...dan tangannya patah...adakah layak menerima insuran

    BalasPadam
  18. anak saya 14 tahun... ada buat pembedahan hernia pade 2.7.2019
    .. adakah saya layak menerima insuran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum pembedahan hingga selesai pembedahan,kena masuk wad kan?
      Boleh cuba kemukakan tuntutan kalau masih mahu

      Padam
  19. Anak sy patah hujung jari tangan kiri akibat rakan kelas mengetuk tangannya. Berlaku semasa sesi pembelajaran di sekolah pada 10/7/2019. Guru kelas menelefon sy memaklumkan bahasa anak sy mengadu sakit ditangan kirinya dan tidak dapat menulis. Habis sesi persekolahan sy bawa anak sy ke hospital dan dari x-ray dibuat, doktor mendapati hujung jari tangan kiri anak sy patah. Boleh ke sy tuntut insurans takaful sekolah. Harap pihak tuan boleh memberi ulasan terhadap masalah ini.

    BalasPadam
  20. Mcmana kalau jari kaki putus dalam sekolah masa rehat

    BalasPadam
  21. Mcmana kalau jari kaki putus dalam sekolah masa rehat

    BalasPadam
  22. Anak saya terlibat dlm kemalangan dia di langgar motor ..tangan nya patah tebu terpaksa dipakai kan besi dan 3jari nya patah dimasukkan dawai satu jari telah putus urat..adakah kecederaan di kategorikan cacat kekal..

    BalasPadam
  23. Tuan2 dan puan2,jika anak2 kita mengalami kemalangan atau kecederaan x kira di sekolah atau di rumah atau di mana2 saja,kita BOLEH membuat tuntutan takaful dengan syarat kita ada senua dokumen2 berkaitan kemalangan dan kecederaan.Sekian terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu tangn retak boleh ke?tapi pihak sekolah maklumkan sekiranya masuk ward sahaja boleh claim insuran

      Padam
    2. Betul, kalau masuk wad 2 hari maka hanya dapat bayaran RM50 sahaja

      Padam
  24. sewaktu pjk anak saya bermain bola sepak dan dia terjatuh lalu menyebabkan lengan tangan anak saya retak.Adakah anak saya boleh membuat tuntutan insuran di sekolahnya.Harap dapt membantu.Terima kasih

    BalasPadam
  25. Anak saya jatuh motor patah tangan.boleh tak tuntuk waktu kejadian lepas sekolah.masa petang

    BalasPadam
  26. Anak saya jatuh motor patah tangan.boleh tak tuntuk waktu kejadian lepas sekolah.masa petang

    BalasPadam
  27. Anak saya jatuh motor patah tangan.boleh tak tuntuk waktu kejadian lepas sekolah.masa petang

    BalasPadam
  28. anak saya patah dekat pegelangan tgn mase d sklah..kate nye kwan sekat kaki die shgge jatuh..so adakah boleh claim??dan klu boleh mcm mane care nye??

    BalasPadam
  29. Anak saya kemalangan di sekolah baru ni
    Jari kaki patah 3 batang cuma dapat 70. 00 je

    BalasPadam
  30. Sy dimaklumkan pihak sekolah agama bahawa ank sy terseliuh kakinya namun setelah membuat pemeriksaan di hospital ... pihak hospital mengatakan kaki ank sy patah boleh x sy Claim ... bagaimana caranya pulak

    BalasPadam
  31. Ank saya disahkan doktor hospital tisu di buku lali koyak semasa bersukan di sekolah pada waktu petang.sekarang masih mc 1bln boleh claim ke?

    BalasPadam
  32. Tahun2006..masa itu saya masih bersekekolah tingkatan5..saya pernah kemalangan patah kaki sebelah kanan masa bersukan bermain bola,dulu.sampai sekarang kehari ini satu apa apa pun tidak ada segala bantuan dari segi kewangan dan saguhati dri insurin takaful sekolah..

    BalasPadam
  33. Anak saya kemalangan moto pada hari raya kedua.die mengalami patah tangan.tulang rusuk patah.paru2 bocor dan bahagian mulut luke teruk sehingga giginya patah.sehingga ke ari ini tangan anak saya masih tidak boleh bergerak .dokter sarankan saya berjumpe dokter pakar saraf .kerana kesempitan hidup saya xmampu membawa anak saya ke hospital dikuala lumpur.saya cube memohon takaful sekoloh.tapi hanya dibayar sebanyk rm300 sahaja...

    BalasPadam
  34. Anak saya mohd fazlee. B.awang ..sekolah di.sm.st.marry sandakan... Telah meninggal dunia akibat pendarahan di otak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat duit Khairat kematian rm1000.00. tuan bolih buat tuntutan melalui sekolah nya.

      Padam
  35. Klau anak sakit jantung ade insuran tak

    BalasPadam
  36. 我女儿今年6岁,不幸身亡与今年一月9日的一场火灾中,起初有听我女儿在生所就读的学院里的校长说申请这项学生保险赔偿,可事到如今已也没消没息了…?我现在该怎么做?我是否可以申请赔偿??

    BalasPadam
  37. kemalangan mengakibatkan tulang peha patah dan mendapat jahitan sebanyak 22 jahitan semasa berusia form 3..dan sekarang dah berumur 21 tahun tapi sekolah masih tidak membayar insuran yg sepatut nyer wajib dibagi kepada pelajar yg kemalangan teruk..SMK KHIR JOHARI SG SUMUN PERAK...

    BalasPadam
  38. Mohon pencerahan. Bolehkah tuntuanmtuntuan dibuat atas kematian akibat sakit kanser?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolih mohon duit Khairat sebanyak seribu. Permohonan melalui sekolah nya.

      Padam
  39. Anak saya accident pada tahun 2018 dan patah kaki peha pihak sekolah telah mengambil lapuran polis untuk buat tuntutan tapi sehingga sekarang tiada dapat apa2 bayaran daripada pihak insuran. Bagaimana nak tahu tuntutan ini sudah dibuat atau tidak kerana tiada dapat makkum balas dari mana2 pihak. Saya atau pihak sekolah yang perlu menuntutnya. Mohon penjelasan.

    BalasPadam
  40. Anak sy tergelincir di rumah,dan tangan kanannya patah,adakah sy blh claim insurans?

    BalasPadam
  41. Anak saya kemalangan tulang paha kirinya patah... Dan sudah dimasukkan besi di tulangnya,... Urusan pihak sekolah saya sudah buat tapi masih belum terima panggilan dari pihak sekolah.... Minta penjelasan apakah saya hanya harus menunggu atau sebaliknya
    ..

    BalasPadam
  42. Anak sy kemalangan masa latihan sukan disekolah menyebabkn mata kanan nya mengalami kecatatan kekal..pihak Sek dh urusan insuran utk anak sy..tpi sampai sekarang x de apa2 perkembangan dri pihak sek.kejadian yg menimpa anak sy pda bln 2 th 2020.minta penjelasan apakah sy harus menunggu atau ada cara lain utk mempercepatkn proses insuran utk anak sy..seb skrg pun anak sy masih lgi ulang alik ke hospital utk chekup matanya.

    BalasPadam
  43. Anak umur 8 tahun saya kemalangan jatuh basikal tangan kanannya patah dan membuat pembedahan untuk masukan dawai kat tangan untuk menyambung tulang yg patah. Apakah layak untk menuntut insuran sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan dah claim insuran ke??berapa yang dapat sbb anak saya pun ade masalah yg same juga skrg

      Padam
  44. Minta borang takaful di pejabat sekolah,isi borang & dapatkan laporan perubatan anak di unit rekod hospital(bayar rm40).Ambil masa sedikit untuk dapatkan laporan perubatan ni,kena selalu follow up dengan unit rekod.Selepas laporan siap,hantar semula borang & laporan perubatan,salinan ic ibu @ bapa,salinan ic @ mykid anak,salinan sijil lahir anak(bawah 12tahun) & surat akuan bank ibu @ bapa yang menuntut.pihak sekolah akan lengkapkan borang & hantar kepada pihak takaful.

    BalasPadam
  45. salan,ank saya baru operate satu jari kerana bom bola melwtup du tangan dgn sndri.tangn kiri skrg hanye ada 4 jari sahaja.boleh ke saya memohon untk ank saya yg berumur 10thn

    BalasPadam
  46. Adik saya jatuh tangga waktu balik sekolah akibat ditolak rakan..bolehkah tuntut takaful dari sekolah

    BalasPadam
  47. Assalammualaikum tuan/puan.
    Tuntutan skim takaful anak saya malangnya telah ditolak kerana hanya patah kaki saja.
    Tahu keputusannya pun selepas called hotline takaful pada bulan Oktober lepas.
    Tiada feedback dari pihak sekolah mahupun takaful kepada saya @ anak saya.
    Tuntutan skim takaful ini hanya akan dibuat kepada pemohon sekiranya berlaku :
    1)kematian
    2)kecederaan kekal
    3)pelajar dimasukkan ke wad walaupun sehari,selepas berlaku apa2 kemalangan @ musibah untuk terima rawatan baik untuk kecederaan besar @ kecil(yang penting kena admitted ke wad)
    Bagi kes anak saya,hanya ke kecemasan untuk terima rawatan selepas kemalangan(kaki kanan bersimen dari atas lutut ke bawah),pulang ke rumah selepas selesai rawatan tersebut & hadiri follow up check up di ortopedik setiap 2 minggu hingga genap masa 3 bulan untuk buka semula simen kat kaki tu.
    Jadi,pihak takaful kata..Puan,anak tak masuk wad kan?Tak dapek la den nak nolong ye..

    BalasPadam
  48. Anak saya hilang gigi kekal bahagian hadapan..boleh claim ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walllahualam..rasanya macam tak tapi Puan boleh check dengan pihak takaful dulu sebelum buat permohonan tuntutan

      Padam
  49. mohon penjelasan, anak saya masuk ward 4 hari, patah tulang siku dan dimasukkan 3 wayar ke dalam tulangnya sehingga sekarang masih kena follow up p hospital sampai kena buang wayar tu, saya p hantar sendiri dokumen2 dekat agen insuran berkelompok dfz, saya cuma pening cikgu tadika minta semua dokumen detail anak saya, dia kata dia yg nak hantar semua tu sendiri. Agen tu bgtau hanya pengesahan surat tabika dan kehadiran pelajar saja dia nak. Saya minta kat cikgu dia xbg dia nak detail yg semua tu dulu pastu dia hantar sendiri. So mcm mna nak cikgu uruskan ke kita sebaga ibubapa uruskan? Agen kata sapa2 pun xpa dia cuma nak 2 tu ja. Pening saya xmahir bab ni...

    BalasPadam
  50. Kalau ikutkan,permohonan tuntutan ni pihak sekolah yang hantar kepada pihak takaful melainkan Puan ada insurans lain untuk anak yang ejen insurans uruskan berkenaan tuntutan insurans tersebut.Untuk skim takaful ni,kalau pihak sekolah dah hantar permohonan Puan untuk anak berkaitan kemalangan yang dialami,Puan boleh check dengan pihak sekolah @ call hotline takaful & berikan maklumat anak Puan untuk semakan status.

    BalasPadam
  51. Hotline Takaful
    1-300-88-252385

    BalasPadam